Monday 14 November 2016

Adakah benar Donald Trump berasal dari keluarga Islam?

Benarkah Donald Trump berasal dari keluarga Islam?

Sebelum ini Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump pernah menuduh Barack Obama bukan warga negara asli Amerika Syarikat. Sekarang, dia mungkin harus meyakinkan dunia bahawa dia bukan anak yatim piatu dari Pakistan.

Setelah dia terpilih sebagai Presiden AS, telah tersebar luas di media yang menyatakan bahawa remaja berambut perang ini sebenarnya lahir di Waziristan pada tahun 1946 dan bernama Dawood Ibrahim Khan.

Neo News melaporkan bahawa Trump tinggal di Pakistan sehingga tahun 1955, sebelum diangkat oleh keluarga Amerika, setelah kematian orang tuanya.

Perkhabaran ini turut disertakan gambar kecil Trump ketika berada di Pakistan, dan menyebutkan bahawa dia juga bersekolah di negera itu.

Bukan hanya itu sahaja, seseorang telah menulis di Twitter menyatakan bahawa Trump lahir dari keluarga Muslim.

Setakat ini belum ada sebarang komen dari Donald Trump berkaitan isu ini.


No comments:

Post a Comment