Wednesday, 20 September 2017

Doa akhir tahun dan awal tahun Islam.


Sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah bertujuan untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Terdapat beberapa amalan hari terakhir tahun hijrah dan awal 1 Muharram yang boleh kita buat sebagai umat Islam. Antaranya:

Berpuasa pada hari terakhir Zulhijjah.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa Muharam dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.”  (Sahih Muslim)

Berpuasa juga pada hari berikutnya iaitu hari pertama Muharam

“Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”

Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”

“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)

Qiamullail


  • Bersolat sunat – Solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat.
  • Membaca Al-Quran.
  • Berzikir.

Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan ‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.

Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.

Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali.





Semoga cuti Awal Muharram ini disambut dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Jadikan amalan ini sebagai titik mula kehidupan baru kita pada tahun baru Hijriah 1439 H.